Followers

ASSALAMUALAIKUM...UNTUK MAKLUMAN SEMUA PELANGGAN ,KAMI AKAN BEROPERASI KEMBALI PADA 1 OKTOBER 2012 TETAPI DENGAN BARANGAN TERKINI SAHAJA-HARAP MAKLUM-


INFO("<)UNTUK MAKLUMAN PELANGGAN KAMI,SYARIKAT KAMI TELAH BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA.NO PENDAFTARAN:-MP0000663-H


.





Assalamualaikum..bolehlah like...halaman kami di bawah yea...

JOM LIKE HARUMAN SYIFA DAN RUQYAH SEBAGAI IKHTIAR PENYEMBUHAN

Friday, January 28, 2011

TUNGKU BAYI

PEK TERBARU TUNGKU BAYI

RM 10

PEMBELIAN BORONG 10 BIJI KEATAS:RM 7

  1. Tungku bayi ini diperbuat daripada herba dan lada hitam
  2. Berfungsi mengelak perut bayi kembung,mengelakkan bayi dari terkena angin pasang bagi bayi lelaki.
  3. Cara menggunakan tungku ialah dengan memanaskan iron board dan letak tungku ini diatasnya atau distim.Seeloknya tuam selepas bayi dimandikan.
  4. Tungku ini didatangkan dengan pelbagai warna,dan corak.
  5. Berat 25gm


Sesuai untuk bayi baru lahir.

Mampu mengatasi masalah kembung, batuk, selsema atau ‘angin pasang’.

Bagi ibu yang melahirkan, penjagaan bayi perlu dititikberatkan. Elakkan bayi kembung, masuk angin dan meragam sepanjang tempoh berpantang kerana menurut kepercayaan orang dahulu, jika tidak berpantang secara betul dan teratur, bayi mudah bermasalah selepasnya.

Menuam adalah satu cara membantu bayi merasa lebih selesa. Manfaatnya banyak terutama bagi bayi lelaki, menuam dibahagian alat sulit adalah amat penting untuk mengelakkan masalah ‘angin pasang’. Jika belakunya gejala ‘angin pasang’ ini, penjagaannya menjadi bertambah rumit dan kebanyakannya akan diselesaikan dengan satu pembedahan di bahagian tersebut.

Jika dahulu daun sireh digunakan dan ada yang masih menggunakan pasir. Kulit bayi adalah sangat lembut dan dikhuatiri akan merengsakan kulit. Kini, ada cara yang lebih mudah. Dengan tungku ini, ia lebih cepat, berkesan dan selamat digunakan.

Cara penggunaan

Bahan utama iaitu jintan hitam @ habatus sauda dan lada hitam, tungku ini juga sesuai untuk bayi perempuan. Caranya mudah iaitu dengan memanaskan bahagian bawah tungku menggunakan sterika atau tungku ibu. Rasa dahulu kadar kepanasan dan tuam dengan cara menekan sedikit. Tuam dibahagian penting seperti perut, dada, sendi lutut, tapak kaki, belakang badan dan bahagian sulit(bagi lelaki). Setiap bahagian lakukan untuk 5 hingga 10 kali tuaman. Lakukan dua kali sehari selepas mandi. Boleh juga digunakan ketika cuaca sejuk untuk mengelakkan bayi batuk atau selsema. Lakukan langkah yang sama.

Tungku ini juga serbaguna untuk kanak-kanak. Terkena gigitan serangga, terjatuh, demam, batuk, selsema, benjol terurama di dahi dan lutut serta kecederaan ringan, digalakkan menggunakan tungku ini juga. Selepas penggunaan, simpan di tempat yang bersih dan kering. Sekali seminggu, jemur seketika tungku di bawah cahaya matahari selama 10 hingga 15 minit.

TEMPOH PENGGUNAAN:-Bergantung atas kekerapan kita menggunakannya...dan boleh tahan 6 bulan sehingga setahun....

No comments:

Post a Comment